Wednesday, 16 August 2017

Tentang kami





                  Bakery Food truck telah ditubuhkan pada tahun 2014 bertujuan untuk menjalankan perniagaan bakeri. Ia ditubuhkan kerana minat pemilik yang sangat mendalam dalam bidang bakeri. Sebelum ini pemilik pernah bekerja di kedai bakeri yang sangat popular dan terbilang selama beberapa tahun. Dan sebelum ini juga pemilik pernah belajar di Universiti tempatan yang sangat terkenal dan mengambil jurusan dalam bidang Kulinari.Terdapat pelbagai jenis pastri dan kek yang dijual oleh pemilik atau kami seperti danish, quich, cup cakes, cookies, hazelnut cheese cake, mini pizza, apple puff, kek harijadi dan banyak lagi. Kami juga menerima tempahan kek harijadi, pastri, cup cakes dan sebagai nya mengikut kehendak pelanggan yang kami kasihi.
 Setiap kali produk bakeri dan pastri trending di laman sosial, kami perlu peka dan mula mempelajari cara untuk membuat hidangan itu.
 Pelanggan akan bertanyakan tentang produk yang menjadi trend semasa dan mula menempahnya.
                    Sebagai pemilik bakeri dan pastri homemade di rumah, kami kena tahu semua itu sebab kalau pelanggan  bertanya dan kami tidak buat, nanti pelanggan kurang yakin pula dengan kemampuan kami sebab bila mereka bertanya pasal produk trending, kami pula tidak tahu atau tidak menjual produk yang diigini. Biasanya, pemilik akan mempelajari suatu produk bakeri dan pastri mengikut trend semasa itu melalui Google dan mencari resipi atau bertanyakan dengan rakan-rakan pengusaha bakeri yang lain.



*Sumber gambar dari google*

No comments:

Post a Comment

Promosi

Booth kami – Bakery Food Truck Tarikh Tempat Acara 26 ogos 2017 BCCK Hari Wanita 2017 31 ogos 2017 Padang Merde...